KuybeliKuybeli

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia
Minat|Pilates

Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Atas Awan

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

Bayangkan anda berada di tanah tinggi yang sejuk, tangan menggenggam secawan kopi panas, aroma memenuhi udara, dan muzik santai mengiringi setiap hirupan.

Itulah vibe di acara Coffee in the Clouds di Resorts World Awana baru-baru ini – dan ya, kalau anda tak pergi, memang rugi besar!

Acara ini bukan sekadar festival kopi biasa. Ia gabungan kopi premium, bengkel interaktif, aktiviti senaman ringan, pertunjukan kereta elektronik, pengalaman robotik, dan penutup malam yang cukup magis.

Jom kita throwback sorotan paling padu yang buat ramai rasa menyesal tak datang.

Syurga Peminat Kopi: 36 Vendor & Bengkel Brew Sendiri

Penggemar kopi mesti setuju: jenis biji kopi adalah segalanya. Di sinilah ‘Coffee in the Clouds’ berbeza – ia memang dimanjakan untuk pecinta kopi sebenar.

Sepanjang acara, lebih kurang 36 vendor kopi memenuhi ruang. Dari pintu masuk lagi, bau kopi yang sedang dibrew memang dah mengusik jiwa.

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

Bukan setakat rasa kopi, pengunjung juga boleh join pelbagai bengkel kopi:

  • Belajar mengenali pelbagai jenis biji kopi

  • Faham cara brewing yang berbeza

  • Belajar seni latte dan gaya artisan barista

Semua slot penuh dengan aktiviti yang bukan saja informatif, tapi juga menyeronokkan.

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

Resorts World Awana sendiri turut serta dengan memperkenalkan menu eksklusif terbaru mereka. Yang hadir hari itu jadi antara yang terawal merasa – memang level ‘VIP taster’!

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

Dalam masa yang sama, mereka umumkan juga bahawa lebih banyak produk Farm-to-Table akan dilancarkan tidak lama lagi. Pengunjung siap dapat teaser awal tentang hala tuju menarik ini.

Dan semua ini diiringi dengan lagu-lagu chill yang kena dengan suasana, diputarkan oleh DJ Lucid dan DJ Priscilia Gallyot. Kopi sedap, muzik layan – kombinasi yang memang susah nak move on.

Healing Dalaman Dengan Senaman Ringan Di Udara Dingin

Selain kopi, satu lagi elemen penting di acara ini adalah vibe healing fizikal dan mental.

Dengan cuaca yang cukup dingin di Resorts World Awana, aktiviti senaman ringan terasa ekstra menyegarkan. Bayangkan bersenam sambil diselubungi udara sejuk dan pemandangan hijau.

Antara aktiviti yang jadi kegemaran ramai:

  • Genting Nature Adventures: Awana Trail Walk

  • Genting Nature Adventures: Clearwater Way

Bukan sahaja boleh cukupkan target langkah harian, tapi sepanjang laluan, mata dihadiahkan dengan pemandangan yang memukau.

Di samping itu, ramai pengunjung turut sertai aktiviti senaman lain seperti:

  • Mat Pilates – regangan lembut, bantu lega badan dan minda

  • Pickleballs – aktiviti santai tapi tetap menggerakkan otot dan menaikkan mood

Suasana sejuk, badan bergerak, nafas segar, lepas tu sambung minum kopi panas – healing luar dan dalam.

Pertunjukkan Kereta Elektronik & Pengalaman Robotik

Bukan setakat kopi dan senaman, acara ini turut diserikan dengan elemen teknologi moden.

Antara sorotan unik Coffee in the Clouds ialah:

  • Pertunjukkan kereta elektronik jenama iCAUR

  • Pengalaman robotik yang mengujakan

Untuk yang mungkin belum familiar, iCAUR ialah jenama kereta elektronik yang baru memasuki pasaran automotif Malaysia.

Sepanjang acara, dua model utama mereka ditayangkan:

  • iCAUR O3

  • iCAUR V23

Kehadiran kereta elektronik dan elemen robotik ini buat suasana acara terasa lebih futuristik – gabungan nature, kopi dan teknologi dalam satu lokasi yang sama.

Langit Jadi Panggung: Penutup Malam Yang Penuh Magis

‘Coffee In The Clouds’ Paling Padu: Kopi Panas, Udara Sejuk & Healing Sampai Lupa Dunia

Penutup Coffee in the Clouds memang lain macam – bukan sekadar “ok, acara tamat”, tapi betul-betul jadi kemuncak yang diingati.

Malam dilabuhkan dengan pertunjukan api yang memukau daripada Budak Api Movement. Setiap ayunan api seolah-olah tarian berbahaya yang mendebarkan, membuatkan mata pengunjung terpaku.

Belum sempat hilang rasa kagum, langit malam kemudian dihiasi dengan bunga api yang meletus indah, memantulkan cahaya di sekitar pergunungan. Suasana terasa seperti dalam filem.

Dalam kesejukan malam yang kian menggigit, nyalaan api memberi kehangatan, sementara tangan masih memegang secawan kopi panas. Aroma kopi, bunyi letusan bunga api, dan pemandangan bergemerlapan – kombinasi yang susah digambarkan dengan kata-kata.

Dalam empat perkataan, suasana Coffee in the Clouds boleh dirangkumkan begini:

  • Seronok

  • Sejuk

  • Aroma kopi

  • Healing

Kenapa Acara Ini Susah Nak Lupus Dari Ingatan

Coffee in the Clouds bukan sekadar event, tapi satu pengalaman menyeluruh:

  • Kopi dari pelbagai vendor dengan bengkel interaktif

  • Aktiviti santai dan senaman ringan di cuaca sejuk

  • Pendedahan kepada kereta elektronik dan teknologi robotik

  • Penutup malam dengan pertunjukan api dan bunga api yang magis

Semua ini adalah hasil kolaborasi istimewa yang dibawakan oleh Resorts World Awana dan dianjurkan oleh iMedia Asia.

Bagi yang hadir, memori ini pasti kekal lama.

Bagi yang tak sempat pergi, satu je kesimpulan: lain kali, jangan lepaskan peluang bila langit dan kopi ‘berpakat’ cipta healing atas awan seperti ini.

Kuybeli earns a commission when you shop through our links, at no extra cost to you. Editorial content is independently selected by our team.

You May Also Like

Comments
Tulis sesuatu...
Belum ada komentar. Jadilah yang pertama berbagi pendapat!