KuybeliKuybeli

7 Studio Pilates Paling Best Di KL (Siap Dengan Harga & Waktu Operasi!)

7 Studio Pilates Paling Best Di KL (Siap Dengan Harga & Waktu Operasi!)
Minat|Pilates

Nak Mula Pilates Di KL Tapi Tak Tahu Nak Pergi Mana?

Senaman Pilates sekarang bukan lagi trend semata-mata.

Aktiviti ini membantu membetulkan postur badan, meningkatkan fleksibiliti dan buat tubuh rasa lebih ringan serta bertenaga. Ramai anak muda pun dah mula tukar rutin lepak mall kepada aktiviti yang lebih sihat dan mindful.

Kesedaran tentang kesihatan fizikal dan mental pun makin kuat. Bila badan cergas, emosi pun lebih stabil, fokus hidup pun jadi lain macam.

Untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan sedang mencari studio Pilates yang sesuai dengan bajet dan vibe sendiri, jom tengok senarai studio yang boleh anda cuba.

7 Studio Pilates Sekitar KL Yang Wajib Masuk Wishlist

Berikut beberapa studio menarik sekitar ibu kota yang menawarkan kelas Pilates dengan pakej dan suasana berbeza. Pilih ikut lokasi, harga dan gaya latihan yang anda suka.

1. Hills Pilates

Hills Pilates memberi fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh, dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah.

Mereka menawarkan kelas private dan duet, sesuai untuk anda yang nak lebih perhatian personal.

Harga sesi Pilates di Hills Pilates:

Private Class

  • Trial Class: RM99

  • Starter Pack (3 Class): RM290

Duet Class

  • Trial Class: RM160

  • Starter Pack: RM480

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat [7AM–9PM] / Sabtu–Ahad [7AM–5PM]

  • Alamat: D4-G4-8, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

  • Laman web:https://hillspilates.com.my/

2. Liberté Pilates

Liberté Pilates ialah studio Pilates yang lengkap dengan kelas berkumpulan dan peribadi.

Misi mereka adalah membantu anda mendapatkan tubuh yang lebih seimbang, bertenaga dan bebas rasa tegang.

Anggaran harga sesi di Liberté Pilates:

  • Group Trial Pack 4 Class: RM200

  • Group – 1 Session: RM90

  • Group – 10 Pack (berkongsi): RM650

  • Group – 20 Pack (berkongsi): RM1,200

  • Group – 20 Pack (berkongsi): RM2,500

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat [8AM–9PM] / Sabtu–Ahad [8AM–1PM]

  • Alamat: B-1-2 Plaza Arkadia, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur

  • Laman web:https://www.libertepilates.my/

3. Tone Reformer Pilates

Tone Reformer Pilates sangat sesuai untuk beginner yang baru nak kenal dunia Pilates.

Selain pakej yang pelbagai, setiap sesi dibimbing oleh tenaga pakar supaya pergerakan anda lebih selamat dan efektif.

Anggaran harga sesi di Tone Reformer Pilates:

PT Intro Package:

  • Tier 1 – 3 Sesi: RM350

  • Tier 2 – 3 Sesi: RM450

PT Tier 1:

  • 1 on 1 / 1 Sesi: RM190

  • 1 on 1 / 10 Sesi: RM1,615

  • 2 on 1 / 1 Sesi: RM290

  • 2 on 1 / 10 Sesi: RM2,465

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat [7.15AM–8PM] / Sabtu–Ahad [8AM–5PM]

  • Alamat: Unit G-01, 1.1, Platinum Park, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal

  • Laman web:https://www.tone.boutique/

4. Urban Spring Pilates Mont Kiara

Urban Spring Pilates direka dengan ruang yang lapang dan tenang, sesuai untuk anda yang suka vibe santai semasa bersenam.

Studio ini lengkap dengan peralatan Pilates dan kelas berasaskan mat, jadi anda boleh pilih mengikut keselesaan.

Setiap ruang di studio disusun mengikut jenis kelas supaya flow latihan lebih teratur.

Untuk semak harga dan pakej, anda perlu mendaftar melalui aplikasi mereka di:

Maklumat penting:

5. Pavilion Pilates

Pavilion Pilates terbuka untuk semua – sama ada anda baru nak bermula, memang kaki workout, atau sedang dalam proses pemulihan kecederaan.

Fokus utama mereka adalah membantu anda memahami pergerakan badan dengan lebih mendalam, supaya apa yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam rutin harian.

Maklumat lanjut tentang jenis kelas dan harga boleh dirujuk di laman tempahan mereka.

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat [7AM–9.30PM] / Sabtu–Ahad [7AM–12PM]

  • Alamat: No 2-3A & No 2-5, Kompleks Niaga LTAT, Jalan Bukit Jalil Indah 4, Taman LTAT, 57000 Kuala Lumpur

  • Laman web:https://www.pavilionpilates.com/

6. Bliss Pilates

Bliss Pilates menawarkan lebih daripada sekadar senaman – ia adalah ruang selamat dan selesa khas untuk wanita, terutama Muslimah yang mahukan privasi.

Studio ini dikenali sebagai salah satu ruang Pilates mesra Muslimah, dengan suasana tertutup supaya anda boleh fokus sepenuhnya pada kesihatan dan kesejahteraan diri.

Anggaran harga sesi di Bliss Pilates:

  • Reformer Pilates Blush (4 Sesi): RM280

  • Reformer Pilates Beige (12 Sesi): RM780

  • Reformer Pilates Ivory (20 Sesi): RM1,240

  • Reformer Pilates Drop-in (Single Session): RM75

  • Reformer Pilates Lilac (50 Sesi): RM2,990

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Setiap hari [8AM–6PM]

  • Alamat: 14, Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Laman web:https://blisssocietykl.com/

7. La Pilates

La Pilates membantu anda menguatkan teras badan dan menenangkan minda melalui sesi Pilates yang dipimpin tenaga pengajar bertauliah.

Setiap sesi disusun supaya sesuai dengan kemampuan peserta, jadi beginner pun tak perlu rasa segan.

Anggaran harga sesi di La Pilates:

Machine Package

  • 1 Class: RM80

  • 10 Class: RM650

  • 20 Class: RM1,200

  • 40 Class: RM2,000

  • 4 Class Starter Pack: RM199

Private Machine Class

  • 1 to 1 / 1 Class: RM200

  • 1 to 1 / 10 Class: RM1,750

  • 1 to 1 / 3 Class Starter Pack: RM540

  • Duet 1 Class: RM270

  • Duet 10 Class: RM2,550

  • Duet 2 Class Starter Pack: RM500

Maklumat penting:

  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat [9AM–9PM] / Sabtu–Ahad [8AM–3PM]

  • Alamat: Unit 28-2, Level 2, ECO SKY 972, Batu 6 1/2, Jalan Ipoh, Taman Wahyu, 68100 Kuala Lumpur

  • Laman web:https://la-pilatesstudio.com/

Jadi, Studio Mana Paling Kena Dengan Jiwa Anda?

Setiap studio di atas ada “personality” tersendiri – ada yang lebih privacy, ada yang fokus beginner, ada yang all-out dengan pakej mesin dan kelas berkumpulan.

Untuk pilih yang terbaik:

  • Tengok lokasi dan masa operasi – biar senang selit dalam jadual harian.

  • Semak bajet dan pakej – cuba dulu trial atau starter pack sebelum commit lama.

  • Kenal pasti vibe yang anda suka – sama ada nak suasana tenang, mesra beginner, atau lebih intens.

Yang penting, mula dulu. Konsisten kemudian.

Bila badan rasa kuat dan selesa, banyak benda dalam hidup automatik jadi lebih mudah.

Kuybeli earns a commission when you shop through our links, at no extra cost to you. Editorial content is independently selected by our team.

You May Also Like

Comments
Tulis sesuatu...
Belum ada komentar. Jadilah yang pertama berbagi pendapat!