KuybeliKuybeli

Guide Lengkap Rinjani 3H2M: Checklist Wajib, Itinerary & Tip Selamat Sampai Puncak

Guide Lengkap Rinjani 3H2M: Checklist Wajib, Itinerary & Tip Selamat Sampai Puncak
Minat|Mendaki Gunung

Assalamualaikum & Intro Trip Rinjani

Aku baru je balik dari Rinjani minggu lepas, lutut masih berdegup kenangan, tapi semangat masih on fire.

Jadi kali ni aku rangkumkan persiapan lengkap yang aku buat: dari checklist barang, contoh pakaian ikut hari, anggaran masa trekking, sampai kos porter & ojek.

Harapnya boleh jadi rujukan padat untuk korang yang tengah plan nak panjat Rinjani 3 hari 2 malam.

Kebanyakan pendaki pilih trip 3H2M dengan laluan yang paling famous:

  • Start dari Sembalun

  • Trek ke Pelawangan Campsite (bermalam)

  • Summit Rinjani

  • Turun ke Danau Segara Anak (bermalam)

  • Exit melalui Torean

So, dari awal korang dah kena pack barang untuk 2 malam camping.

Checklist Wajib: Kelengkapan Hiking

Ini senarai asas yang sangat membantu sepanjang pendakian:

  • Hiking stick/pole

  • Seluar hiking sekurang-kurangnya 2 helai

  • Baju jersey sekurang-kurangnya 3 helai

  • Poncho / windbreaker / rain coat

  • Puffer / winter jacket

  • Glove (ikut keperluan, especially yang tak tahan sejuk)

  • Heattech / thermal layer

  • Stoking 2–3 pasang

  • Kasut hiking yang grip betul-betul bagus

  • Headlamp

  • Backpack 50–70L + daypack untuk summit attack

  • Air minum (ikut keperluan dan arrangement dengan operator)

  • Buff / mafla

  • Beanie / topi

  • Knee guard untuk support lutut

  • Backpack cover (elak beg basah)

  • Gaiter (penting untuk summit)

  • Sunglasses

Barang Keperluan Peribadi

Selain gear hiking, jangan lupa keperluan harian ni:

  • Phone & powerbank

  • Toiletries peribadi

  • Portable bidet / tisu
    (wet tissue sebenarnya tak digalakkan; kalau bawa, wajib bawa turun semula, jangan tinggal atas gunung)

  • Tuala mandi

  • Kain lap peluh

  • Sandal / selipar

  • Kelengkapan solat

  • Plastik sampah – simpan baju kotor & bawa turun semua sampah sendiri

  • Emergency blanket

  • Kain sarong

  • Sunscreen (ini lifesaver!)

  • Hotpack kalau jenis mudah sejuk

Ubatan Wajib Dibawa

Jangan harap orang lain sediakan ubat untuk korang. Better ready sendiri:

  • Ubat Acute Mountain Sickness (AMS)

  • Yoko yoko / krim sakit otot

  • Panadol Actifast / ubat selesema / muscle relaxant

  • Minyak angin

  • Losyen untuk kulit kering

  • Personal first aid kit (plaster, bandage, antiseptik, dsb.)

Contoh Pakaian Ikut Hari (3H2M)

Di bawah ni ringkasan cara aku susun pakaian sepanjang 3H2M. Boleh adjust ikut tahap tahan sejuk masing-masing.

Hari 1: Sembalun → Pelawangan Campsite

Pakaian cadangan:

  • Baju jersey

  • Seluar hiking

  • Topi / cap

Hari pertama biasanya panas dan cerah, jadi tak perlu pun windbreaker kalau cuaca ok.

Yang paling penting:

  • Sunscreen – sapu, jangan malas

  • Topi – elak kepala & muka terbakar

Hari 2 (Summit Day): Pelawangan → Puncak → Turun ke Danau

Untuk summit, angin kuat dan sejuk. Layering sangat penting.

Cadangan layer baju:

  1. Thermal wear (inner)

  2. Puffer jacket

  3. Windbreaker

  4. Hiking pants

  5. Gaiter – tolong pakai supaya pasir dan batu tak masuk kasut

Cuaca waktu ni biasanya:

  • Sejuk

  • Berangin

  • Berdebu di sesetengah bahagian

Untuk yang sangat tak tahan sejuk, boleh tambah:

  • Longjohn sebelum pakai seluar hiking

  • Extra layer baju jadi 4–5 lapis

Item tambahan yang sangat membantu:

  • Buff – elak hidung berair & habuk masuk hidung (aku pakai sepanjang summit attack)

  • Sunglasses – matahari terik gila dekat puncak, cahaya direct masuk mata

  • Gloves – untuk yang mudah sejuk tangan

Selepas Turun Summit → Danau Segara Anak

Lepas turun dari puncak dan sambung trekking ke Danau Segara Anak:

  • Boleh pakaian lebih kurang macam hari pertama

  • Baju jersey dah cukup

  • Simpan raincoat / poncho dalam beg sebab petang-petang biasanya berpotensi hujan

Hari 3: Danau Segara Anak → Torean

Pakaian cadangan:

  • Baju jersey sahaja (ringan & selesa)

Trek hari terakhir ni:

  • Minimum 9 jam berjalan

  • Laluan banyak open view, kurang pokok

  • Kulit memang berpotensi terbakar, so sunscreen & topi jangan kedekut

Jarak Trek & Anggaran Masa (3H2M)

Aku guna ojek pada hari pertama untuk jimat lebih kurang 2 jam perjalanan, jadi pendakian bermula dari Pos 2.

1) Pos 2 → Pelawangan Campsite

  • Jarak lebih kurang 5 km

  • Anggaran masa: 4–6 jam

2) Pelawangan → Summit Rinjani

  • Pendakian biasanya bermula seawal 2.00 pagi

  • Jarak lebih kurang 5 km

  • Anggaran masa naik: 4–6 jam

  • Rinjani tak ada COT ketat, tapi jangan terlalu drag masa sebab kita tak nak turun ke Danau dalam keadaan gelap

  • Sebaiknya sebelum 10.00 pagi dah tinggalkan puncak

  • Masa turun puncak → campsite: 2–3 jam

3) Pelawangan → Danau Segara Anak

  • Jarak kira-kira 4 km

  • Anggaran masa: 3–4 jam

4) Danau Segara Anak → Dusun Torean

  • Ini hari paling panjang dan memenatkan

  • Jarak lebih kurang 12.5 km

  • Masa biasa: 9–10 jam
    Kalau langkah manja atau banyak berhenti, boleh drag sampai 12 jam

Laluan Torean ni:

  • View memang level syurga dunia

  • Tapi pada masa yang sama, sangat berisiko jika tak fokus

Beberapa perkara yang korang kena ingat:

  • Trail banyak lalu di lereng bukit, sebelah tepi terus nampak gaung

  • Ada bahagian berbatu, curam dan licin

  • Selalu pegang tali keselamatan kalau disediakan

  • Jangan leka bergambar di spot berbahaya

  • Sentiasa perhatikan lubang-lubang kecil di trek, especially bila di lereng

  • Paling penting: dengar arahan guide dan jangan pandai-pandai sendiri

Kos Porter, Ojek & Sewa Peralatan

Supaya korang boleh bajet awal, ini anggaran kos (angka boleh berubah ikut musim dan tahun, tapi sekurangnya ada gambaran):

  • Porter

    • Cas sekitar 350k rupiah sehari

    • Untuk 3 hari: 1,050k rupiah (anggaran)

    • Satu porter boleh kongsi barang 2–3 orang, tapi semua kena dalam satu beg

    • Limit berat porter biasanya 20 kg

  • Ojek Pos 1 → Pos 2

    • Cas sekitar 200k rupiah

  • Sewa hiking pole

    • Boleh sewa di sana: lebih kurang 30k rupiah per pcs

  • Ojek keluar ke Kampung Torean

    • Cas sekitar 60k–80k rupiah

    • Lagi lewat malam sampai, biasanya lagi mahal cajnya

Latihan & Fitness: Rinjani Bukan Trek Manja

Kalau nak enjoy view tanpa drama lutut menggeletar, training memang wajib.

Rinjani ni bukan sekadar berjalan santai ambil gambar.

Bahagian menurun, especially dekat Torean, memang boleh buat kaki barai kalau tak biasa long hike.

Cadangan training (sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum trip):

  • Start dengan bukit rendah (300–500m) untuk biasakan cardio

  • Upgrade sikit-sikit ke gunung dengan elevation 600–1000m

  • Praktis long hike 4–6 jam supaya badan biasa berjalan lama

  • Kalau perlu, training sambil bawa backpack berload supaya simulasi lebih real

Kalau susah nak ke bukit/gunung:

  • Boleh turun naik tangga atau kerusi 30 minit di rumah

  • Fokus kuatkan otot kaki dengan latihan macam:
    • Squat

    • Bulgarian split squat

    • Lunges

    • Step-ups

Fokus utama:

  • Kuatkan lutut dan betis sebab sepanjang di Rinjani, trek menurun lagi banyak dari naik.

Kalau skip training, risiko besar hujung-hujung trip:

  • Lutut lembik

  • Kaki kena seret

  • Jalan sambil drama internal monolog menyesal hidup haha.

Penutup

Itu ringkasan penuh persiapan yang aku buat untuk trip Rinjani 3H2M:

  • Checklist gear & barang keperluan

  • Contoh pakaian ikut hari

  • Anggaran masa & jarak trek

  • Kos porter, ojek & sewa pole

  • Cadangan training sebelum berangkat

Rinjani memang penat, tapi sangat puas hati bila sampai puncak dan lalu semua view dia.

Semoga perkongsian ni mudahkan korang yang tengah plan trip. Kalau ada soalan spesifik pasal trek, gear atau pace, boleh je tanya dan tweak ikut kemampuan masing-masing.

Kuybeli earns a commission when you shop through our links, at no extra cost to you. Editorial content is independently selected by our team.

You May Also Like

Comments
Tulis sesuatu...
Belum ada komentar. Jadilah yang pertama berbagi pendapat!